HOME JADI PENGEDAR SHAKLEE RESEPI CONTACT

Saturday, August 29, 2015

Set Kurus Shaklee, Turun 4kg Dalam Masa Sebulan

Assalamualaikum, seperti yang Mimi cakap dalam post sebelum ni, nak update mengenai set kurus Shaklee yang diambil time berpuasa tu kan? Haa Mimi consume set ni selama sebulan time berpuasa, takde diet teruk dan bersenam memang jauh sekali waktu puasa ibarat jauh panggang dari api haha

Tapi yang penting kekal bertenaga untuk buat tugasan harian dan beribadah waktu siang berpuasa tu. Ada yang jenis ambil kesempatan nak berdiet time puasa sampai makan sikit, nutrisi tak cukup, lepas tu lembik aje tak boleh nak buat kerja. Rugi kan?

Lagi teruk kalau dah berjaya turun berat tapi time Raya makan tak hingat punya dah naik balik berat badan tu ha. Dengan Set Kurus Shaklee yang Mimi amalkan ni Alhamdulillah sampai sekarang pun masih maintain berat walaupun asyiklah makan lemang dan rendang haritu. tak dilupa makan kuih raya bawak sebalang time tengok tv hihi



Ok, inilah dia set yang buat iolls turun berat sebanyak 4 kg tu, jeng jeng jeng! Bagi Mimi besar jumlahnya 4 kg sebab diri ni jenis metabolisme rendah, susah nak turun berat tapi senang gila nak naik, sadis kan? Dahla rendah je diri ni tak tinggi mana jadi takleh gemuk :'( Makanya di sinilah perlunya suppliment untuk membantu turunkan berat badan.

Untuk sahur Mimi ambil Cinch Shake dengan amount tertentu dan kurma sebelum makan nasi segenggam. Lepas tu minum air segelas dah cukup. Pilihan flavour Mimi mestilah Coklat! Selain Coklat ada perisa Vanila dan Cafe Latte.

Cinch Shake ni boleh juga dijadikan meal replacement, tapi Mimi tak biasakan diri bergantung kepada suppliment dan tak ambil real food. Yang utama sekali, diri ini memang jenis tak boleh tinggal nasi haha anak melayu sejati! Resah bila tak ambil nasi tau tak...

Tapi jangan risau, bila ambil Cinch Shake ni dia mengawal nafsu makan kita dan memberi rasa lebih kenyang, sebab tu selalu makan tak sampai segenggam pun nasi, ada la dalam 3- 4 suap, asalkan makan nasi I am a happy girl! Segenggam tu sebab ikut saranan Kevin Zahri. Bukan salah nasi kita gemuk, tapi salah kuantiti nasi yang kita ambil, kena faham tu!

Then, berbuka biasanya tak ambil Cinch Shake sebab time berpuasa haritu tolong family berniaga kat Bazaar Ramadhan jadi tak sempat nak bancuh, lepas asar dah pergi bazar. Jadi minum air teh bunga je berbuka hehe awak yang ada ESP atau Cinch Shake tu time buka puasa ambil ni dulu tau barulah tak makan nasi tambah 2 pinggan! hihi

Alfalfa dan Lecithin pulak ambil selepas sahur dan berbuka puasa. Lecithin ni mengemulsi dan memecahkan lemak kita. Dia menghalang lemak dan kolesterol dari melekat di dinding arteri dan block sistem kardiovaskular. Kemudian, lemak yang tak diperlukan di flush out oleh Alfalfa dari tubuh kita.

Alfalfa ni membantu proses detoks, membuang toksin dan melawaskan. Angin pun dibuang tau, siapa yang banyak angin ke perut buncit ke boleh ambil Alfalfa sebab angin ni lah yang buat perut kita buncit.  

Seminggu 2 kali pulak, Mimi ambil Herblax pulak untuk cuci usus dan buang sisa- sisa di usus yang berkerak dan tak diperlukan tu. Memang ringan badan rasa lepas membuang tu hihi


Waktu lepas taraweh, ambil ESP sebelum tidur khas untuk menjaga kulit, maintain berat badan dan kesihatan sebab ESP ni all in one suppliment tau! Siapa yang taknak ambil banyak suppliment untuk kesihatan dan kecantikan silalah ambil ESP, memang akan jatuh cinta lepas tu tau!

Ok, ini je yang Mimi ambil time berpuasa haritu untuk slimming, lain- lain suppliment Shaklee untuk tujuan lain ada lah jugak.

And as a result, memang berpuas hati sebab dapat turun 4 kg dan nak tau, saudara tegur pakai baju raya tu tempah ke beli, bila jawab tempah dia tak percaya sebab macam baju pinjam, katanya kenapa besar bajunya, macam salah size? Senyum je... Memanglah iolls dah inchloss dan turun berat badan tau! Ish takde pulak gambar pakai baju yang ditegur tu sebab dah petang malas bergambar. Petang dah selekeh heehe... Gambar previous post tu pun time pagi.

Ok pada sesiapa yang berhajat nak turunkan berat badan secara sihat tu, bolehlah hubungi saya untuk dapatkan consultation ye, inshaAllah Mimi akan guide awak nanti ok?

till here Assalamualaikum and Happy National Day!

Fb: Syamimi Fatin
Whatsapp: 019-4135838
Instagram: @shaklee_bymimi


Wednesday, August 5, 2015

Selamat Hari Raya, boleh wish lagi kan? ;)

Assalamualaikum :)

Walaupun dah nak dekat 3 minggu kita beraya, saya still nak wish Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin ya... hehe kira aci lagi kan nak wish bulan Syawal masih ada lagi belum habis.




Macam mana raya korang, as for me biasalah dah besar ni mana best macam kanak- kanak lagi kan... tapi still dapat duit raya lagi, tu yang seronok haha... lagi satu, of course lah makanan time raya kan... ketupat, lemang, rendang ayam, kuah lodeh, serunding, biskut- biskut raya lagi seronok boleh makan macam- macam kan?


Tapi lepas dah pergi raya rumah orang, open house sana sini mesti risaukan, lemak mula menempel, perut buncit tak selesa kan? dahla makanan raya tinggi kolesterol kan? Jadi, apa nak buat? Apa lagi consume Shaklee laa hehe


Next entry Mimi akan share set slimming Shaklee yang Mimi consume sepanjang berpuasa sampailah dah raya ni ok? Stay tuned!



Monday, August 3, 2015

Peluang Menjana Pendapatan Bersama Shaklee

Assalamualaikum :)

Harini saya nak share mengenai peluang menjana pendapatan bersama Shaklee. Memang best berbisnes dengan Shaklee sebab banyak benda dan kelebihan yang ditawarkan. Kalau tak, takdelah saya pun tertarik kan hehe ;)

Pada mulanya saya cuma mencuba suppliment Shaklee iaitu Energizing Soy Protein dan Alfalfa Complex. Lepas tu dapat hasil yang memang best dan diingini, jadi cuba produk Shaklee yang lain pulak iaitu Omega Guard, Lecithin, GLA Complex, Herblax dan Cinch Shake dan terbaru Vitamin C Shaklee. Memang suka sangat sebab produk Shaklee memang terbaik. Serius tak tipu.

Bila dah rasa kebaikan produk Shaklee, saya berniat nak share pada semua orang yang pentingkan kesihatan diri dan keluarga. Jadi, saya start bisnes Shaklee Mac lepas. Makin lama dalam bisnes Shaklee ni, makin saya nampak peluang dalam Shaklee dan memang bisnes Shaklee ni ada masa depan. Apa sebab saya nak serius dalam Shaklee?
  • Modal serendah RM80 ataupun tanpa modal langsung. You choose!
  • MLM yang adil, tidak seperti MLM lain yang mencari ahli je, tapi kami fokus menjual produk kerana berpegang kepada produk kami yang terbaik.
  • Shaklee ialah syarikat yang dah lama ada di Malaysia. Shaklee halal, dan mendapat kelulusan KKM.

  • Masa kerja yang fleksibel dan tidak perlu menyimpan stok.
  • Shaklee menawarkan 3C.
Apa itu 3C?
  • Cash: Untung berbentuk wang yang diberikan oleh Shaklee pada setiap pertengahan bulan, hasil dari untung jualan produk.

  • Car: Bonus kereta yang diberikan dalam bentuk wang. Awak boleh pilih kereta idaman, Shaklee yang akan bayarkan.

  • Convention: Pada majlis ni Shaklee akan memberi award pada ahli yang efektif. Bukan tu je, tapi dapat peluang mengerjakan umrah bagi yang beragama Islam dan bercuti, semuanya ditanggung sepenuhnya oleh Shaklee :)

Bisnes Shaklee ni mudah saja hanya perlu jual produk Shaklee, ambil order dari customers, dan order pada pihak Shaklee by call, atau beli saje through website. Tak perlu pun simpan stok. Lagi best sekarang ni, boleh order melalui apps jugak sebab Shaklee dah ada apps sendiri. Anda cuma perlu laptop/smartphone/tab dan talian internet saje untuk bisnes Shaklee.



Satu benda yang penting kalau nak bisnes Shaklee ialah memilih leader yang betul. Dalam group kami, Leader memang mementingkan ilmu dan pengetahuan produk bukanlah fokus mencari orang dan biar sorang- sorang tanpa diajar. Jadi, ahli yang mendaftar dengan group kami takkan dibiarkan terkontang- kanting, tunjuk ajar akan diberi dan semua orang pun boleh bisnes Shaklee, malah dalam group kami ada surirumah, student, nurse, dan yang zero tentang bisnes pun ada. 

Untuk berjaya dalam Shaklee perlulah disertakan dengan azam dan usaha yang bersungguh- sungguh. Dengan panduan leader, akan memudahkan awak untuk capai bonus 3,4, atau 5 angka sekalipun dalam Shaklee. Jadi, sesiapa yang nak kite ajar cara bisnes dalam Shaklee, nak tambah pendapatan diri dan keluarga, boleh hubungi saya for more details. Sesungguhnya 9 per 10 pintu rezeki tu datangnya dari berniaga. :)

For more details, boleh whatsapp Mimi di 019-4135838 atau email sfatin29@gmail.com

Sampai sini saje, have a nice day semua... Assalamualaikum :)

 

ALL RIGHT RESERVED|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI