HOME RESEPI CONTACT

Monday, November 30, 2015

goodbye is the hardest word

 

Actually ni post tahun lepas, terjumpa dalam draft, lupa nak post agaknya haha… so post ajelah sekarang walaupun setahun terlewat hehe :)

3/7/2010 – 26/6/2014

almost 4 tahun di USM… 3/7/2010 hari mendaftar kalau tak salah. teringat dulu dapat Desa Saujana nun kat atas bukit, luar dari kawasan USM. kena parking kereta di DUP, beratur kat dalam mendaftar… then letak barang dalam lori yang disediakan. students and parent naik bas ke sana. dah sampai kena ambil barang sendiri bawak naik ke bilik. macam tu susahnya kalau dapat RST. duk letak barang kat lori, tunggu lori sampai, ambil barang sendiri, bawak baik barang ke bilik… yang tah papenya aku naik lif nak ke bilik. padahal duk tingkat 2 tak perlu pun naik lif. malu gila… tu detik pertama kat USM la…

now, dah habis perlahan- lahan teringat semua tu balik. teringat jugak betapa aku tak nak masuk USM mula2 even dapat course yang diminta, alasannya hanya sebab dari Form 4 sampai Matriks study kat Penang. Alasan yang sungguh tak munasabah dan tak matang kan? sekarang dah habis, rasa tak menyesal langsung dapat USM and pilih untuk pergi. 4 tahun kat sini memang banyak gila benda berlaku, lebih manis dengan kehadiran kawan2 terutama my coursemate, Future Food Technologist!!!

terima kasih banyak2 pada semua kawan2 dan lecturers untuk 4 tahun yang penuh masam manis kat USM ni. banyak sangat kenangan, memori kat USM… sensitif sangat bila teringat, mulalah air mata keluar… paling sebak bila tengok satu2 kawan2 balik… waktu diri sendiri balik pun hujan lepastu. macam tau2 je perasaan dalam hati ni. kat mana lagi nak dapat kawan2 macam korang yang best gila, kita rapat 1 batch even dari negara lain & dari pelbagai kaum (melayu & cina). awesome sangat!!! terima kasih lecturers yang mengajar kami terutama sv fyp, Dr Nurul yang selalu bagi nasihat dan motivasi pada saya :)

 

38273_130594383651061_100001015016984_168821_2308380_n

68280_184600414899611_100000489604280_668372_4878937_n188535_209565575726231_100000183700834_968817_6774429_n

 

SAM_3854

DSC_0511DSC_0513

DSC_0441

 

Hope korang semua dapat kerja yang baik, kalau kawin sila jemput, and jangan lost contact ok! thanks again for the memories. I love u all so muchhh… <3

yes, goodbye is the hardest word. *tak pandai nak tulis dah macam mana nak gambarkan rasa berterima kasih and bersyukur dapat kenal korang

Thursday, September 17, 2015

Resepi Kek Carrot yang Senang dan Sedap!


Assalamualaikum, harini rasa nak share resepi Kek Karot yang family and diri sendiri pun suka. Sebenarnya memang dah lama suka tapi asyik duk beli je, kenapa tak buat? Pernah buat sekali tapi tak jadi, haha stres je dah tu rasa geram tak cuba pun cari resepi lain dan try buat.

Sampailah 1 hari tu maklang ajak join Kelas Baking and Memasak. Time tu salah satu kek yang kami belajar, buat Kek Carrot lah. excited sangat, tu yang nak pergi hehe lagipun ada geng kan takdelah segan. Actually tu first time join kelas masak macam tu. Memang best, banyak ilmu baru yang dapat.

Lepas kelas tu, memang kerja buat Kek Carrot lah. Asal mengidam je buat hehe... raya pun kek tu la terhidang menggantikan Kek Coklat yang selalu jadi kebiasaan. Sebenarnya senang je buat kek ni, taktaula kenapa buat dulu tak jadi hehe... nak kena bayar seketul duit pergi kelas baru jadi ye



Ok, membebel je... ni lah resepi Kek Carrot dengan topping Cheese yang mudah tu...dan semestinya lazat hehe

Bahan- bahan:
  • 4 biji telur gred A/ 5 biji telur gred B
  • 1 1/2 cawan gula kastor
  • 2 cawan tepung naik sendiri
  • 250g butter
  • 2 1/2 cawan carrot
  • 1 cawan walnut (dicincang)
  • secubit garam

Cara- cara buat keknya:

#Basuh carrot malam sebelum nak buat kek, sebab taknak bagi carrot ni basah tau
  1. Sagat carrot, cincang walnut, lepastu campur kan 2 bahan ni dengan garam. 
  2. Putarkan butter dengan gula dalam mixer sampai sebati
  3. Masukkan telur sebiji- sebiji. Putar sampai kembang
  4. Masukkan tepung sikit- sikit diselangi dengan carrot dan walnut sampai habis.
  5. Bila dah rata, masukkan dalam loyang untuk dibakar. Sebelum tu, loyang kek ni glis/ sapu dengan butter dulu tau atau nak mudah letak kertas minyak untuk kek.
  6. Bakar dengan suhu 170 degree dalam 40- 45 minit.

Bahan untuk Topping Cheese
  • 125g cheese
  • 65g butter
  • 65g gula ising
Putar je semua bahan- bahan ni, siap. Tapi jangan letak topping ni masa kek tengah panas. Biar kek sejuk dulu ok... lepas tu baru letak topping. Dah siap, letak dalam peti ais bagi dia set. Nak lagi cun, letaklah kepingan almond ke carrot sagat ke hehe...

Sebenarnya resepi untuk topping cheese ni saya bahagikan kepada setengah kandungan dia...sebab rasa macam banyak sangat topping dia, tebal, tak larat nak sapu haha... memang tak pro bab topping ni, sebab tu takde gambar kek penuh hihi comot... gambar sebelah ni guna topping yang kandungan sebenar tu.

kalau awak nak topping banyak semua kandungan cheese, butter dengan gula ising macam gambar sebelah ni boleh double kan ya :)

Oklah selamat mencuba! 

Thursday, April 10, 2014

Holiday in Cameron Highland


So, lets take a break from writing thesis and update blog yeay! hihi setelah sekian lama tak update. Minggu lepas pergi Cameron Highland dengan family. Sebenarnya makcik kerja kat sana, so senang sangat nak pergi bercuti kat sana… tempat tinggal dah ada, apartment dia memang awesome rasa nak beli satu aje hmm best betoi orang cameron tak payah pakai kipas. kebetulan makcik nak balik kampung, so kita 1 family belah mama pergi jalan- jalan and balik sama- sama dengan makcik. Sweet kan sebab nak teman kononnya hihi…

Tempat yang pergi cuma tempat yang wajib pergi kalau pergi sana, mana lagi kalau tak pasar malam Brinchang and Kea Farm yang banyak sayur murah tu! pasar malam tak sah tak pergi sebab suka sangat beli strawberi cicah coklat, ubi manis panas- panas dengan kimcam goreng. favourite! Kea farm pulak kegemaran mama sebab boleh beli sayur banyak- banyak and murah kan.

tempat lain, Cactus Valley, Big Red Farm and Lavender apetah nama dia. tempat agak baru buka kan… ladang tea memang tak pergi, bosang dah hihi… tapi suka sebenarnya tangkap gambar kat ladang tea. takpe, lain kali berhenti je tepi jalan tangkap gambar ladang tea haha

gambar banyak gambar bunga aje since tuan blog suka gila bunga. konon nak cegah diri sendiri dari beli bunga sebab tak pandai nak jaga, tapi terjebak jugak 1 pasu ajelah… pastu tinggal kat rumah minta mama tolong jagakan, haa bijak kan? hihi.. genetik dari mama la ni suka bunga tapi mama takpe dia pandai jaga tak macam anak dia ni. hancur !

so, taknak taip panjang- panjang… enjoy the pictures! :)
semua gambar ni dari phone aje malas nak ambil dari sumber lain dah hee camera dah simpan tanpa sempat pindah ke laptop gambarnya.

IMAG2743IMAG2746IMAG2770IMAG2784IMAG2785IMAG2786IMAG2787IMAG2790IMAG2800IMAG2802IMAG2804IMAG2819IMAG2822IMAG2823IMAG2825IMAG2828IMAG2829IMAG2834IMAG2838IMAG2844IMAG2845IMAG2861IMAG2871IMAG2875IMAG2886IMAG2887
bye bye, have a nice day :)
 

ALL RIGHT RESERVED|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI