HOME RESEPI CONTACT

Thursday, December 6, 2012

Escape Theme Park

assalamualaikum.

this was a fun escape with friends.

terjadi pada 30.11.2012 hari jumaat yg lalu. demi nak merasa bermain di Escape Theme Park Teluk Bahang yg baru dibuka, kami pergi ke sana. tempat ni fun park untuk 1 family tau (skemanya –.-’) ramai2 naik kereta 6 orang hihi, muat aje… pergi lepas lab so, agak tengah hari la baru sampai. untuk tiket masuk, setiap seorang kena bayar rm48 selepas diskaun 20 %. and ada lagi kitorang tambah untuk guna loker.

14666_3924898800827_1246573327_n - Copy

ni kat tempat parking

peringatan untuk sapa2 yg nak pergi nih, silalah pakai attire yg sesuai macam nak bersukan, sebab kat sini kita main permainan lasak ye kawan2 :) and one more thing, sila bawa bekal makanan and minuman sendiri sebab harga foods kat sini agak mahal sikit. kitorang beli 2 air tin 100 hundred plus rm8 kongsi 6 orang ok. salah aku, dah tau makanan sini mahal, lupa nak bagitau kawan2, ingat nak bawak minuman and makanan sendiri tapi pagi tu pun rushing bangun nak pergi lab, keluar je lab terus nak pergi kan, memang tak sempat nak cakap. maafkan saya, kawan2. nasib ada yg bawak air mineral

20121206181531913

kat sini games dia banyak. tapi kitorang main 3 je, itu je yg termampu and sempat. first, kitorang main Tuber Race. dia macam naik pelampung kat atas gelongsorla. tapi yang tak bestnya, kita kena tarik sendiri pelampung tu dari bawah sampailah atas, pastu nak turunnya sekejap je tak sampai seminit. tapi oklah, best! dinasihatkan, main game ni waktu first2 datang, kalau dah main game lain, mesti penat dah nak tarik pelampung tu ke atas kan. kanak2 pun larat tarik sampai ke atas, malulah kau kalau tak larat haaa

 

tubby-racer-escape

nilah Tuber Racer tu

next, kitorang main Gecko Tower, konon2 macam rock climbing la kot. tapi ni kena panjat tower, ada 4 sisi tower, setiap sisi tu ada 2, so maknanya ada 8 tempat nak panjat2 tu, lain2 semuanya. dari level 1 sampai 4. semua orang naik sampai habes. aku dengan wani sampai level 3 je haha, serius penat yang ni guna kekuatan tangan. in fact, games kat sini 80 % guna kekuatan tangan, before datang tu pergilah work out tangan anda. haha aku rasa gayat benar bila dah sampai atas tower. maluuu je and gambar kat sini, tak boleh letak, cekci je rasa sebab pakai tali kat pinggang tu kan, so, kita letak gambar tower dia je hehe

DSCN8392DSCN8403

198122_3924903440943_1298643989_n

banyak betul orang kata kitorang budak sek menengah haritu :’)

then, penat gila kitorang rehat jap minum2 air, makan roti gardenia kosong sambil tengok orang lain makan sedap2 haha, mahal kot! tengok jelah then pergi solat Zohor. kat sini ada jumpa sorang kakak yg peramah sembang2 dengan kitorang. dia kerja kat situ, best sangat sembang dengan dia :) 20121206181335983

akhir sekali, kitorang main game yg macam utama la kira kat situ iaitu monkey business. jadi monyet jap hihi… dari luar Escape ni boleh nampaklah game ni sebabnya dia tinggi, and ada macam2 jenis halangan. tiba part ni, tak reti nak describe macam mana, sebab dia ada banyak level tau. sampai level 3. level 1 rendah sekali, level 2 tinggi sikit and level 3 paling tinggi. kitorang semua naik sampai 2 aje. aku naik level 1 dua kali laluan yg berbeza. and naik satu level 2. dia ada banyak halangan and bila sampai kat tempat flying fox je, aku bahagia. haha…. best sangat… kalau sebelum ni naik flying fox ni akan ada orang jaga kita kat tempat mula and orang tunggu kat tempat tiba, ini tak ok. pepandai kau lah. tapi best sebabnya flying fox dia panjang gilaaaaa… puas lah!

DSCN8504

ni sebahagian dari Monkey Business

seriously, monkey business ni kena rasa sendiri, baru tau rasa dia macam mana. dekat level 2 tu ada 1 bahagian yg gila menguji tangan kaki semualah. yang paling teruji tanganlah, kalau tak kuat memang jatuh. rasa macam nak give up je nak panggil instructor tu turunkan tapi, kuatkan jugak semangat. Alhamdulillah lepas stage yang susah dan panjang tu fuhhh lega gila… di hujung2 stage tu ada 2 flying fox yg panjang menanti, rasa berbaloi hihi… bagi aku, game ni memang buat aku berperang dengan diri sendirilah. penat cakap dengan diri sendiri, boleh buat, boleh teruskan semualah. akhirnya, berjaya :) cuma level 3 tak naik pun, time dah habis level 2 tu memang penat je Allah je yang tahu. dengan tak makannya, pergi main lasak2, bijak sangat. lapar gila. and lepas main monkey business ni sure korang dah taknak main benda lain sebab dah penat gila kat sini. plus, game ni pun lama sikit, depends lah korang main cepat ke tak and ramai ke tak.

oh ya, kitorang tak main pun bungee jump situ sebab tak free fall. dia macam jatuh straight aje. cewah, padahal sebab nak main tu kena tambah duit lagi. kitorang main yang free je, yang tak payah tambah pape. lagipun, kalau free fall sekalipun, berani pulak aku nak try haha

habis solat asar, kitorang pergi makan kat air terjun kat teluk bahang, dekat je. air habis 2 botol then pergi berendam kat air terjun tu… haaa taktau nak kata apa, seronok sangat, penat2, perut dah kenyang, main pulak air sejuk tu :D tambah2 dengan favourite girls, diorang ni buat aku gelak aje. :D

DSCN8515

lepas tukar baju, singgah masjid untuk maghrib and teruskan perjalanan ke night market kat batu feringghi. jalan pun tak habis, penat gila kan… cuci2 mata kat situ, selalunya kalau pergi takde benda lain aku beli, mesti accessories macam gelang ke rantai ke itu je haha…

DSCN8529

IMAG0406

balik tu singgah tesco lagi sebab Faid nak beli barang jap, before tu makan kfc. haaa, makan lagi! sekarang ni, banyak betul makan, patut pipi makin tembam mimi oi. balik je, memang penat gila, sakit2 badan, lebam adalah dalam 2 3 hari baru hilang. tapi sangat best! tak menyesal langsung pergi. seronok adala… nanti nak pergi lagi.

jadi, bolehlah sapa2 nak pergi tu, bawak duit cukup2 ye… :) and Escape Theme Park ni ada banyak lagi benda sebenarnya, tapi saya cerita yg pengalaman kitorang jela, untuk maklumat lanjut, boleh baca kat sini, http://www.penang-traveltips.com/escape-theme-park.htm

gambar semua dari kamera As, my phone and website penang-traveltips.

p/s: oh ya, im on NuffnangX now! still exploring how to use it, and I think its best to stalk your favourite blogs even deakt phone pun yeay!

 

ALL RIGHT RESERVED|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI