FOLLOWERS

Thursday, December 31, 2015

24 tahun

Alhamdulillah dipanjangkan umur oleh Allah untuk sampai ke umur 24 tahun. Tiada apa yang berubah, lagi meningkat umur kita, lagi dekat kita dengan kematian kan?

Terima kasih pada mama abah yang melahirkan dan membesarkan...Kalau takde mereka nih memang takdelah diri ni kat dunia. Nak ucap terima kasih satu- satu memang banyak sangat so, thanks for everything mama dan abah! Syukur Alhamdulillah atas segala yang Allah beri pada keluarga kita :)

So, untuk tahun ni, sambut birthday di rumah tok dengan budak kecik nih, kitorang panggil dia Umairah. Suka sangat nama tu, sedap kan? Kebetulan birthday kitorang sama tapi tahun tak samalah hihi... dia ni cucu kepada tok saudara. hari- hari datang main dengan kitorang dah macam rumah sendiri, Saiyangggg sangat lah kat budak nih haihh



Pada hari kejadian 29.12.2015, keluarga kitorang buat makan- makan sikit dan doa selamat. Masing- masing sumbang sikit makanan, mama buat laksam, kek coklat, maklang buat red velvet, saya buat puding triffle pastu makcik dengan maklang pun tolong, sedara lain buat bihun, lepat pisang, kuih, beli kek lagi, goreng kentang, nugget lepas tu apetah haha... haaa ada cikedis jugak untuk budak- budak tapi takde gambar pulak sebab tak sempat ambil. Gambar atas nih pun pinjam phone adik sebelum orang datang dan makanan siap hehe gambar orang lain tangkap malas nak mintak, hihi


Terima kasih untuk semua family yang buat makan- makan nih, yang datang, pastu jiran- jiran pun tq jugak ya. Terasa diriku tua disambut bersama dak kecik nih hehe, boleh tak nak jadi 2 tahun macam dia jugak? hehe


ok, till here... bye bye jumpa tahun depan korang ;)

p/s: makin tua rasa makin tak reti pulak nak menulis kat blog, apakah....

Thursday, December 17, 2015

Kisah churros, bihun sup chinese style dan tiramisu

Alkisah 2 minggu lepas teringin gila nak makan churros padahal tak pernah makan pun haha rasa pun tatau macam mana.

So, google lah resepinya. oh senang je! Tapiiii saya takde nozzle untuk buat bentuk churros. takpe no hal, gunakan kreativiti sendiri, masa ni lah sel- sel otak nak berhubung kan hahaha...

Jadi, guna tangan je, dah macam nak buat kuih je duk gentel bagi ada la sikit rupa churros

Walaupun malu, tapi nak letak jugak gambar churros rupa hodoh rasa sedap gila. ceh, sedaplah bagi tekak saya ni... buat coklat sekali baru ngammm makan bersama.




jangan gelak! mungkin the worst churros yang  awak tengok haha
tembam kan, macam orang yang buat nih tapi abah makannnn je maknanya sedap la tu ;)
Nak resepi? pergi google sana :P


yang nih pulak bihun sup chinese style.. iolls memang sukalah mee ke bihun ke spageti ke, my favourite! harituh google jumpa resepi yang kena guna ikan bilis tu, dah try tapi macam tak best je tataulah sebab memang tak reti ke apa, sekali kawan bagi resepi lain guna chichken cube pastu goreng bawang putih banyak letak dalam sup, barulaaaaa sedap, puas hati buat banyak kali hehe... orang lain pun kata sedap :)





memang suka letak segala tok nenek bebola, tauhu, fishcake haha... paling best tauhu lembut tu, dia macam meresap sup tu. oh ye, tak pastilah resepi ori dia macamana tapi buat rasa sedap kena dengan tekak ok lah tu :P

lagi kick rasa dia, buat sambal pedas warna hitam tu, tatau lah orang panggil apa yang bawang putih, kicap gula dan garam tu haa

anddd the next food is.... tiramisu!

kalau nak tau salah 1 kek favourite saya ialah tiramisu! tapi setakat nak beli sekeping tu tak puas rasanya... kadang tu kek macam kek span aje rasa macam kopi sikit lepas tu takde rasa cheese letak butter cream je, tak suka gitu.

Jadi buat lah sendiri biar kena dengan tekak, dan yang penting puas boleh makan banyak hehe





senang aje buat dia, lapis - lapis je, dapat 2 bekas besar and 1 bekas kecik tu bila guna 1 cream cheese tartura. kalau nak comel kan, letak dalam cawan tinggi yang kecik tu, alahai comel je tapi tak pernah lah buat lagi haha

itu sajaaaa sekian saja makanan yang kuidamkan and nak share. share cerita dengan gambar jelah :P



Saturday, December 12, 2015

Kolagen dan Testimoni Shaklee Collagen Powder


2- 3 tahun nih banyak sangat kita dengar pasal kolagen kan, and memang banyak produk yang mengandungi kolagen kat dalam dia macam sabun, pencuci muka, lotion, krim, haa semua benda nak letak kolagen kan? Tapi sebenarnya kolagen nih apa ye? Betul ke boleh bagi kulit cun? jeng jeng jeng


Apa itu kolagen?


Sebenarnya kolagen nih protein jugak, ia protein yang terdiri daripada asid amino Glycine, Proline, Hydroxyproline dan Arginine. Hampir 30% protein dalam badan kita terdiri dari kolagen yang terdapat dalam kulit, tulang, otot, tulang rawan, rambut, kuku dan bahagian lain. Ia penting sangat untuk memelihara keremajaan dan keanjalan kulit.


Collagen is important as it hold our whole body together you knowwww. Dengan meningkatnya umur kita, penghasilan kolagen dalam tubuh akan makin menurun jadi struktur sel kita akan makin lemah. Sebab tu lah kulit akan jadi kendur, berkedut, kurang anjal, dan sakit- sakit sendi. Tak best kan?


Dalam bahagian pertengahan kulit kita iaitu dermis, kolagen membantu menghasilkan fibrous network, di mana berhasilnya sel baru. Ia sangat diperlukan untuk mengganti dan memperbaharui sel kulit yang mati. Nampak tak betapa pentingnya kolagen ni? :)



Fungsi kolagen

Paling obvious sekali function kolagen ni ialah memelihara kulit kita supaya anjal dan cantik, selain tu manfaat kolagen ialah

  • Memperbaiki kerosakan kulit
  • Mengekalkan kelembapan kulit
  • Mencegah kedutan, anti penuaan
  • Memperbaiki masalah gangguan haid
  • Mencegah kanser payudara
  • Memulihkan masalah kulit
  • Menuburkan rambut
  • Mencegah osteoporosis
  • Meningkatkan kualiti kehidupan seks
  • Melangsingkan badan
  • Menguatkan tulang
  • Mencerahkan kulit dan mengurangkan jeragat
  • Melambatkan proses penuaan kulit

Untuk supplemen kolagen, awak bolehlah pilih Shaklee COLLAGEN POWDER yang mengandungi bahan- bahan bermutu tinggi dan memberi kolagen yang tahan lasak. Memang Mimi recommend sangatlah yang ni! Untuk info lanjut pasal Shaklee Collagen Powder nih, boleh baca di sini Shaklee Collagen Powder.

Nah saya belanja testimoni dari Collagen Powder dari Shaklee. Jangan cakap akak tak payung eh! heheh









                    
Nak tau tak, VITAMIN C boleh meransang pembentukan kolagen. Sebab tu lah dalam sale Mimi, Vitamin C antara supplemen HOT tau, bagus untuk kulit!

Kalau ada bajet rendah, ambil VITAMIN C SHAKLEE yang tahan sampai 6 bulan, lama memang berbaloi!


Kalau bajet sederhana, ambil VITAMIN C dan VITALEA, kesan 2 produk nih setanding dengan ambil Shaklee COLLAGEN POWDER tau dokk


Kalau bajet tinggi, dan nak hasil cepat macam roket boleh consume Shaklee COLLAGEN POWDER



Sooooo you choose! yang mana sesuai dengan awak dan bajet awak, jangan risau semua orang boleh cantik ;)


Tapiiii kalau awak pilih COLLAGEN POWDER, bulan nih ada PROMO HEBAT! Beli sekotak je pun dah jimat lebih RM50, beli 2? lagilahhh beli 6? free sekotak, free membership lagi :)





Siapa nak order mai hubungi Mimi, inshaAllah the best price and consultation for you :)


Your Shaklee Independent Distributor | Syamimi Fatin
Whatsapp | 019-4135838

Wechat | syamimifatin

Monday, December 7, 2015

Shaklee Collagen Powder untuk Kulit Cantik


Assalamualaikum dearies :)

Harini Mimi nak bercerita pasal 1 produk Shaklee yang disukai ramai untuk kulit yang cun melecun iaitu COLLAGEN POWDER! Hasilnya memang berbaloi dengan harganya. Khusus untuk yang mengalami masalah kulit seperti jerawat, jeragat, parut jerawat, surnburn especially yang aktif bersukan, parut jerawat berlubang, kulit sensitif, kulit terlalu berminyak atau kering atau kulit jenis combination dan yang mengalami masalah kulit kusam serta lain- lain masalah kulit.

Mimi sangat recommend awak semua yang nak hasil superb untuk try Shaklee Collagen Powder kerana bahan- bahan dalam collagen ni sendiri memang awesome! So untuk yang nak hasil cepat dan bersungguh- sungguh nak kulit cantik debom, you have to try this okay? :)

kebaikan kolagen shaklee
Shaklee Collagen Powder ni takde perisa tambahan dan diperbuat dari sisik ikan merah yang tahan lasak dan mempunyai kolagen yang berkualiti tinggi.
Kenapa perlukan kolagen yang TAHAN LASAK? Sebab kolagen merupakan gentian tisu yang mudah rosak dan kendur akibat tindakan tekanan ke atasnya dan bahan kimia.

Sisik ikan merah mampu menahan tekanan dasar laut yang tinggi dan hidup sehingga 5000m di dasar lautan dan bebas dari pencemaran dan sisa toksik. Ia sangat ELASTIK dan mempunyai kadar KELEMBAPAN yang tinggi. Molekulnya halus dan mudah diserap oleh badan.
bahan dalam collagen shaklee
Selain tu, dalam SHAKLEE COLLAGEN POWDER nih, bukan ada kolagen je tau, tapi ia menggabungkan bahan- bahan lain yang bertujuan untuk penyerapan kolagen ke dalam badan, meningkatkan keberkesanan kolagen RSS dan membantu kesihatan dan kecantikan luar dalam.

Bahan selain Sisik ikan Merah dalam Shaklee Collagen POwder:

Probiotik Lactobacillus acidophilus- untuk meningkatkan penyerapan kolagen dalam usus kecil

Ekstrak biji Camellia Japonica- menghidrat dan memberi nutrisi kepasa sel serta melindungi kulit dari radikal bebas. Turut baik untuk menurunkan kadar kolesterol

Ekstrak Pfaffia- penting untuk pertumbuhan rambut yang sihat, penghasilan hormon dan membuat kulit lembut dan licin

Vitamin C- menggalakkan penghasilan kolagen dan antioksidan penting

B Complex- meningkatkan metabolik badan untuk penghasilan kolagen dan menyokong sistem saraf yang baik

Ekstrak Kulit Kerangan Laut- sumber glucosamine yang penting untuk melicinkan pergerakan sendi

bahan dalam collagen shaklee 2
Gabungan 7 bahan hebat dalam Shaklee Collagen Powder mampu memberi manfaat:
  • memperbaiki tekstur kulit wajah
  • menghilangkan kedutan
  • melembabkan kulit
  • melindungi kulit dari radikal bebas
  • melicin dan melembutkan kulit
  • menegangkan payu dara dan punggung
  • mengurangkan pigmentasi jeragat
  • memberi tenaga
  • membantu pola tidur
  • mengurangkan parut degil & parut berlubang
  • memelihara sendi
  • mengecutkan jerawat
  • menguatkan otot dan tulang
  • menyokong baik pulih otot dari kecederaan otot dan tulang
  • memastikan otak sentiasa sihat
  • menyuburkan pertumbuhan rambut, tidak mudah gugur
Lagi best pasal Collagen Shaklee nih, boleh dibuat masker jugak tau! Dah luar dalam pakai inshaAllah awesome lah hasilnya :)

Bulan Disember nih, Mimi buat PROMOSI untuk COLLAGEN POWDER, beli sekotak pun jimat lebih RM50…
Beli 2 kotak LESS lagi 5%
Beli 6 kotak PERCUMA 1 kotak

Dan offer pembelian SHAKLEE COLLAGEN POWDER sebanyak 3 kotak Collagen, anda layak mendapat FREE MEMBERSHIP dan jimat RM80 untuk pendaftran :)

More info, nak order, tanya price dan consultation boleh hubungi Mimi melalui whatsapp dan wechat ye. Next post inshaAllah Mimi update lebih tentang Collagen Shaklee dan testimoni ye, stay tuneeedddd :)

Your Trusted Shaklee Independent Distributor | Syamimi Fatin
Whatsapp | 019-4135838
Wechat | syamimifatin

Monday, November 30, 2015

goodbye is the hardest word

 

Actually ni post tahun lepas, terjumpa dalam draft, lupa nak post agaknya haha… so post ajelah sekarang walaupun setahun terlewat hehe :)

3/7/2010 – 26/6/2014

almost 4 tahun di USM… 3/7/2010 hari mendaftar kalau tak salah. teringat dulu dapat Desa Saujana nun kat atas bukit, luar dari kawasan USM. kena parking kereta di DUP, beratur kat dalam mendaftar… then letak barang dalam lori yang disediakan. students and parent naik bas ke sana. dah sampai kena ambil barang sendiri bawak naik ke bilik. macam tu susahnya kalau dapat RST. duk letak barang kat lori, tunggu lori sampai, ambil barang sendiri, bawak baik barang ke bilik… yang tah papenya aku naik lif nak ke bilik. padahal duk tingkat 2 tak perlu pun naik lif. malu gila… tu detik pertama kat USM la…

now, dah habis perlahan- lahan teringat semua tu balik. teringat jugak betapa aku tak nak masuk USM mula2 even dapat course yang diminta, alasannya hanya sebab dari Form 4 sampai Matriks study kat Penang. Alasan yang sungguh tak munasabah dan tak matang kan? sekarang dah habis, rasa tak menyesal langsung dapat USM and pilih untuk pergi. 4 tahun kat sini memang banyak gila benda berlaku, lebih manis dengan kehadiran kawan2 terutama my coursemate, Future Food Technologist!!!

terima kasih banyak2 pada semua kawan2 dan lecturers untuk 4 tahun yang penuh masam manis kat USM ni. banyak sangat kenangan, memori kat USM… sensitif sangat bila teringat, mulalah air mata keluar… paling sebak bila tengok satu2 kawan2 balik… waktu diri sendiri balik pun hujan lepastu. macam tau2 je perasaan dalam hati ni. kat mana lagi nak dapat kawan2 macam korang yang best gila, kita rapat 1 batch even dari negara lain & dari pelbagai kaum (melayu & cina). awesome sangat!!! terima kasih lecturers yang mengajar kami terutama sv fyp, Dr Nurul yang selalu bagi nasihat dan motivasi pada saya :)

 

38273_130594383651061_100001015016984_168821_2308380_n

68280_184600414899611_100000489604280_668372_4878937_n188535_209565575726231_100000183700834_968817_6774429_n

 

SAM_3854

DSC_0511DSC_0513

DSC_0441

 

Hope korang semua dapat kerja yang baik, kalau kawin sila jemput, and jangan lost contact ok! thanks again for the memories. I love u all so muchhh… <3

yes, goodbye is the hardest word. *tak pandai nak tulis dah macam mana nak gambarkan rasa berterima kasih and bersyukur dapat kenal korang