HOME JADI PENGEDAR SHAKLEE RESEPI CONTACT SUPERSTAR FIGHTER

Thursday, September 17, 2015

Resepi Kek Carrot yang Senang dan Sedap!


Assalamualaikum, harini rasa nak share resepi Kek Karot yang family and diri sendiri pun suka. Sebenarnya memang dah lama suka tapi asyik duk beli je, kenapa tak buat? Pernah buat sekali tapi tak jadi, haha stres je dah tu rasa geram tak cuba pun cari resepi lain dan try buat.

Sampailah 1 hari tu maklang ajak join Kelas Baking and Memasak. Time tu salah satu kek yang kami belajar, buat Kek Carrot lah. excited sangat, tu yang nak pergi hehe lagipun ada geng kan takdelah segan. Actually tu first time join kelas masak macam tu. Memang best, banyak ilmu baru yang dapat.

Lepas kelas tu, memang kerja buat Kek Carrot lah. Asal mengidam je buat hehe... raya pun kek tu la terhidang menggantikan Kek Coklat yang selalu jadi kebiasaan. Sebenarnya senang je buat kek ni, taktaula kenapa buat dulu tak jadi hehe... nak kena bayar seketul duit pergi kelas baru jadi ye



Ok, membebel je... ni lah resepi Kek Carrot dengan topping Cheese yang mudah tu...dan semestinya lazat hehe

Bahan- bahan:
  • 4 biji telur gred A/ 5 biji telur gred B
  • 1 1/2 cawan gula kastor
  • 2 cawan tepung naik sendiri
  • 250g butter
  • 2 1/2 cawan carrot
  • 1 cawan walnut (dicincang)
  • secubit garam

Cara- cara buat keknya:

#Basuh carrot malam sebelum nak buat kek, sebab taknak bagi carrot ni basah tau
  1. Sagat carrot, cincang walnut, lepastu campur kan 2 bahan ni dengan garam. 
  2. Putarkan butter dengan gula dalam mixer sampai sebati
  3. Masukkan telur sebiji- sebiji. Putar sampai kembang
  4. Masukkan tepung sikit- sikit diselangi dengan carrot dan walnut sampai habis.
  5. Bila dah rata, masukkan dalam loyang untuk dibakar. Sebelum tu, loyang kek ni glis/ sapu dengan butter dulu tau atau nak mudah letak kertas minyak untuk kek.
  6. Bakar dengan suhu 170 degree dalam 40- 45 minit.

Bahan untuk Topping Cheese
  • 125g cheese
  • 65g butter
  • 65g gula ising
Putar je semua bahan- bahan ni, siap. Tapi jangan letak topping ni masa kek tengah panas. Biar kek sejuk dulu ok... lepas tu baru letak topping. Dah siap, letak dalam peti ais bagi dia set. Nak lagi cun, letaklah kepingan almond ke carrot sagat ke hehe...

Sebenarnya resepi untuk topping cheese ni saya bahagikan kepada setengah kandungan dia...sebab rasa macam banyak sangat topping dia, tebal, tak larat nak sapu haha... memang tak pro bab topping ni, sebab tu takde gambar kek penuh hihi comot... gambar sebelah ni guna topping yang kandungan sebenar tu.

kalau awak nak topping banyak semua kandungan cheese, butter dengan gula ising macam gambar sebelah ni boleh double kan ya :)

Oklah selamat mencuba! 

10 comments:

  1. saya pernah buat cream cheese dia sekali manis gila hehe
    nanti nak try guna resepi ni

    jemput baca part 3 belum selesai hello kitty town

    singgah sini follow kamu #336

    ReplyDelete
  2. sdpnya carrot cake tu.. hehe.. salam singgah dan follow sini :)

    ReplyDelete
  3. @theyanaonly yup try la kot2 awk suka rasa dia x mnis sgt, sy adjust skit :)

    ReplyDelete
  4. Bagusnya resepi ni sedap juga...
    Singgah dari blogwalking emas putih....

    ReplyDelete
  5. nampak macam senang.. nanti boleh lah cuba.. dah lama teringin nak buat.. hehe..

    ReplyDelete
  6. Salam kenal dari blog uzu, kisah emas putih
    Jom singgah blog : Nurfuzie.com

    ReplyDelete
  7. Salam..jln2 blogwalking untuk hri ni kejap ;) dr blog emas putih....selamat Hari Raya Haji...

    http://ilovebunga89.blogspot.my/

    ReplyDelete
  8. sedap ni kek..nak try nti.. btw, done follow #339

    ReplyDelete
  9. Blogwalking sini... kek sedap.. terlior plak.. huuuuu

    ReplyDelete

 

ALL RIGHT RESERVED|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI