HOME JADI PENGEDAR SHAKLEE RESEPI CONTACT SUPERSTAR FIGHTER

Friday, August 5, 2011

memori ramadhan, edisi rindu- rinduan

hari ni dah hari ke 5 kita puasa kan? gila cepat masa berlalu, nanti tengok2 dah 15 hari pastu dah habis, dah raya, dah raya, masuk sem balik. aduh duh tu yang malas tu hehe… puasa tahun ni memang sebulan duk kat rumah je, bukan macam tahun2 lepas, tak dapat nak puasa dengan family, asyik dengan kawan2 je…

last puasa dengan family pun waktu form 3… 5 tahun dah berlalu… kalau tak silap, waktu puasa masa tu, tengah pmr, kot? tak ingat sangat, tapi ingat pergi bazar ramadhan kat situ dengan kawan2 waktu petang. best je bila ingat balik, petang2 minta duit dengan abah nak pergi beli makanan padahal saja nak jalan dengan kawan2, bosan nak tunggu buka puasa kat rumah.

then bila dah form 4, form 5 kena puasa kat asrama. pukul 6 kena beratur dah nak ambik makanan. best je semua orang kena makan 1 meja 1 kelas… huhahuha jadinya, bila time terawih tak buat sampai habis, ngelat duk kat belakang haha… time prep pun rasa macam singkat padahal dah lambatkan time habis prep tu.

bila sahur, liat nak bangun pastu tunggu sape2 yang rajin pergi sahur, tanya hari ni sahur makan lauk apa, kalau lauk ayam, sah2 lepas tu ramai orang turun haha. lauk best baru nak. mengada!

bila dah masuk matriks, makanan nak berbuka tu kena pilih, beli sendiri. kalau kat asrama mana boleh, makan je apa menu hari tu. bila kena pilih, mulalah nak dilema bagai, nak pilih kafe mana pun taktau. haha tapi lepas balik kelas selalunya dah beli dah. aaaaaaa rindu nak makan dengan geng anak2 mok duduk ramai2 1 meja makan sama2 :) tapi selalu buka kat bilik dj kalau tak silap. yang jauh, tak dapat ler join. yang lawaknya, bila buka puasa kat bilik nana yang memang jauh dari orang lain tu, macam2 semua orang bawa. pinggan mangkuk, sabar jelah…pastu pergi terawih saeng.

DSC00615

oh, innocent nya muka semorang, rasa macam nak lempang muka sendiri

terawih kat matriks lagi best, sebab suara imam sedap (cheh!) pastu lagi ramai. rasa lain suasana tu. best je. terawih yang tak boleh lupa, waktu dekat dataran tak berbumbung pulak tu, tengah solat tiba2 hujan turun. gelabah tak tentu pasal… haha hujan rahmat tu…

DSC00845

ni waktu makan2 1 praktikum tapi gedik nak duk sama2 jugak, kita ni :P

DSC03110

rindu sangat dekat korang, tau tak?

25082009493

ni pulak waktu makan2 blok A, pasai pa aku macam cacat je tu? err…

Image0018 (1)

kesian roomate aku ni selalu buka puasa 2 orang je… tapi korang tetap the best roomates :) gila- gila

kalau dekat u, selalu buka puasa 3 orang je, dengan roomate dengan kawan yang selalu datang bilik. kat u ni, malas sangat nak pikir nak makan apa sebab penat pergi kelas woi, naik bas turun bas, nasiblah aku tak pernah ada kelas sampai pukul 7. yang paling penat sekali, hari yang ada kelas pukul 8 malam, bayangkanlah macam mana rushingnya kitorang. err, takdelah rushing mana pun kot. aku pergi kelas selalu lambat je hik3 :D

kalau terawih pun, pergi surau bawah bilik je. dekat sangat2 pastu semua perempuan pulak tu. nak pergi masjid jauh sangat. ni sekarang dah puasa kat rumah, rasa best sangat2. syukur sangat, nak demand makan apa pun boleh, nak makan free je tak payah bayar, pastu boleh pergi terawih dengan mama, sahur dapat makan nasi, selama ni tak sahur pun kat u. tu yang lembik semacam nak pergi kelas. yang penting sekali, tak payah nak pikir pasal study bulan puasa ni. sangat best, tahu!

ramadhan kat mana2 pun, bila2 waktu pun, semuanya sangat best bagi aku. kenangan yang indah… rindu gila kat lumut, kat budak h5p2, kat matrik, kat u rindu sikit je haha :D sape suruh u sangat tough? wuwu

ok tu je, nak pergi buka puasa kat rumah tok, pun best jugak! dah lamaaaaaaaa tak buka puasa situ. have a nice day, and selamat berbuka puasa! sabar tau…

p/s: glad that I have many good people around me. iloveu

awak, cepat sembuh ye? sy doakan :)

14 comments:

  1. macam kenal 2 ketul org,hasina n mira.hehehe.

    ReplyDelete
  2. hihi
    seronok kan berbuka dgn kwn kwn

    tapi ade jugak sayunya
    iye lahh
    family jauh
    hukhuk

    ReplyDelete
  3. zaty, haaa mmg btul la 2 ketul tu, ehee ni mest kwn sek diorg kn? :D

    anisa, ye.. sweet xbole dilupakan :)

    zazaw, haah betul tu. hehe :D

    ReplyDelete
  4. wahh rindu rinduan jadi kenangan..haha..banyak kenangan yang kite tak dapat lupa kan? huhu...sedih...sobss,,=(

    ReplyDelete
  5. ain, tulah... byk sgt kenangan x bole lupa... ni bru sikit ;)

    ReplyDelete
  6. muahaaah ponteng trawih..aku salu amalkan dedulu

    ReplyDelete
  7. Bestnye dapat bukak puasa ramai2 macamtu. I miss those moment too :')

    Selamat berpuasa darling ^^

    ReplyDelete
  8. jiji yu, skrg buat lg x? haaa...

    izatie, haah best sgt! slmt berpuasa jugak dear... excited la tu dh nk blik mesia kn? hehe

    ReplyDelete
  9. berbuka ramai2 memang best..terasa meriah! :)

    pssstt sis folo sini..ur 292 follower..

    ReplyDelete
  10. seronoknya pengalamn berpusa dy kan :) hee slmt berbuka ye

    ReplyDelete
  11. pink momma, haah meriah rasa berselera je kn? tq follow sy :)

    ezan, haha mmg seronok, slmt berbuka jugak ;)

    ReplyDelete
  12. memories remain.. :) selamat berpuasa..

    ReplyDelete
  13. taknak balik uniiiiiiii..argh. tibe2 homesick.

    saya takde nak rindu-rinduan sgt lah. tak suka buka dgn org lain or kat tmpt lain. nak dgn fmly je. :)

    ReplyDelete

 

ALL RIGHT RESERVED|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI