HOME RESEPI CONTACT

Sunday, February 25, 2018

OVERSTEPPED CAFE SUNGAI PETANI : #FOODREVIEW

Hai Assalamualaikum, entry kalini Mimi nak share mengenai 1 tempat makan menarik di Sungai Petani iaitu Overstepped Cafe! 🍲

Pada mulanya, kawan Mimi yang suggest untuk cuba restoran nih, sejak tu dah 4 kali Mimi makan kat sini haaaa nampak tak dah jadi restoran favourite dah ni hehe... Mimi suggest sesiapa yang suka makan western dalam keadaan santai- santai untuk cuba makan dekat sini! Memang best tau 

Menunya bukan western je tapi western ni kira main lah. Seriously berbaloi sebab portion dia besaq Ya Allah sampai esok pun kenyang lagi hihi #over

Harga sangatlah berbaloi dan affordable bagi mimi, servis bagus dan makanan macam semuaa sedap je sebab so far apa makanan yang mimi rasa semua sedap :')


Konsep dia ala- ala cafe restoran yang temanya macam under construction gitu, memang lain dari yang lain dia punya konsep dan dekorasi. Music relax- relax je. Nice! 

TOP 3 makanan yang mimi suka kat sini 
 

Nih dia first dish Mimi cuba iaitu Chicken Teriyaki, lepastu terus masuk as favourite food kat sini!



Yang nih pulak Chicken Cheese Carbonara, so creamy and cheesy just the way I like :)



Blackpepper Lamb Shoulder, sedappp seriously you should try this, lamb lembut tak liat gravy dia memang just nice sangat suit to my taste 


Yang nih tak sure nama dia something macam Marinara Pasta lah, kawan punya tapi Mimi ada try, nice!


Bahan dalam food dia banyak, memang tak kedekut. Kawan mimi siap minta kuah/sos blackpepper lebih lagi untuk chicken grill, takda cas!



(gambar dari google)

Overall memang mimi suka tempat nih, sesuai untuk family and friends gathering, company nak buat meeting santai- santai pun boleh. Nak bersembang lama dengan kawan memang sesuai sebab bagi Mimi portion dia besar, duk huha huha sembang dengan kawan lama- lama baru habis hehe

Oh ya, kat sini jugak boleh buat birthday celebration tau, biasa Mimi pergi kalau time ada birthday celebration sesiapa kat situ, pihak cafe akan pasang lagu birthday :)

Mimi memang recommend lah untuk sesiapa yang bercuti ke atau memang stay Sungai Petani ke untuk cuba makan kat sini.

Ni location :
C97 & 98 TINGKAT 1
08000 SUNGAI PETANI 
JALAN INDAH 2
TAMAN SEJATI INDAH 

Dia dekat sangat dengan exit highway Sungai Petani Selatan, cafe dia bahagian tingkat atas. Sapa mai Kedah mai la singgah 💗

Dan baru nih Overstepped Cafe ada buka new cafe di Bandar Laguna Merbok, kat sini Mimi tak cuba lagi. Next time, Jom?

Ok lah till here, jangan lupa singgah naaa
Assalamualaikum :)

1 comment:

 

ALL RIGHT RESERVED|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI