HOME RESEPI CONTACT

Friday, September 7, 2012

Lesen #2

Assalamualaikum :)

esok dah nak balik usm semula untuk teruskan study... dah tahun 3 ni patut lebih bersemangat lah hehe... so, as stated above, nak cakap pasal lesen... khamis lepas 6hb 9 pergi test jpj. memang awal gila pukul 8 pagi tapi tunggu je lama baru ada demo sikit oleh cikgu2 and penerangan oleh pegawai jpj.


perasaan? ya Allah hari sebelum tu takde rasa pape pun. tapi bila dah pergi tu baru rasa berdebar. plus, haritu hujan (asal test je mesti hujan haha) bertambahla getaran dalam diri. sejuk pulak tu, and dapat nombor 50...


tunggu punya tunggu 10.30 pagi barula giliran buat bukit, tiga penjuru dengan parking sampai. Alhamdulillah lulus bahagian ni. risau jugak sebab nak buat semua tu kena bukak tingkap... hujan renyai2 je tapi masuk jugakla dalam kereta kan... buat bahagian ni guna kancil, jalan raya guna viva.


pukul 1.30 pm pulak giliran untuk test jalan raya sampai. time ni waktu tunggu dah nampak jpj sorang ni. kemain garang lagi muka dia, bermisai lagi... haaa boleh bayang tak? dalam hati cakap janganlah dapat dia ni fuhhhh sekali memang dapat. hmmm redha jelah... nak naik pun takut2. again, macam test qti tu kena bukak wiper sebab hujan.


dekat roundbout, alhamdulillah enjin tak mati... susah sikit nak kawal dekat situ sebab kena berhenti before jalan and berbukit sikit roundbout tu. mula2 belajar sure sesapa pun mati enjin or terundur kat situ.


nak dijadikan cerita, dapat laluan yang tak suka sebab banyak traffic light haha... laluan ni kena lalu 1 traffic light and uturn tepi dia. faham tak? bila dah berhenti kat traffic light tu, ada 2 lagi kereta kat depan. my turn, bila lampu bertukar jadi hijau, 2 kereta ni dah selamat uturn, baru pusing sikit nak uturn, lampu dah tukar kuning pastu merah. cepatnya dia tukar! tapi dah terlebih garisan mana boleh stop tengah2 tu kan... teruskan jela uturn. sekali dia kata


''lampu merah kenapa jalan, dik?'' dengan garangnya.


erk... ok fine dalam hati mesti dia suruh stop pastu dia bawak kan? tapi tak, sy je yang bawak sampai habis. tapi still tak lulus.. yelah keselahan mandatori. langgar traffic light. tapi janganlah strict sangat encik. sy baru belajar and confuse lagi nak buat apa dalam situation tu. nanti repeat kena rm65 pulak :(


nasiblah diri ini dapat jpj yang strict gila huaaaa nampaknya tak selesai lagilah pasal lesen ni. nant cuti bila2 kena repeat la yang jalan raya. kalau tak, bila lagi kan?


balik rumah lepas tu rasa geram je. apa boleh buat... mungkin ada hikmahnya tak dapat lesen lagi kan? its ok, think positive!!!



2 comments:

  1. tape mi. beselaaa. sblom jd pro mmg susah. hahah. :)

    ReplyDelete
  2. haha... geram la kak tiqah... rasa mcm nk jerit2 je kt dia. bgila sy lulus! haha ;D

    ReplyDelete

 

ALL RIGHT RESERVED|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI