Actually ni post tahun lepas, terjumpa dalam draft, lupa nak post agaknya haha… so post ajelah sekarang walaupun setahun terlewat hehe :)
…
3/7/2010 – 26/6/2014
almost 4 tahun di USM… 3/7/2010 hari mendaftar kalau tak salah. teringat dulu dapat Desa Saujana nun kat atas bukit, luar dari kawasan USM. kena parking kereta di DUP, beratur kat dalam mendaftar… then letak barang dalam lori yang disediakan. students and parent naik bas ke sana. dah sampai kena ambil barang sendiri bawak naik ke bilik. macam tu susahnya kalau dapat RST. duk letak barang kat lori, tunggu lori sampai, ambil barang sendiri, bawak baik barang ke bilik… yang tah papenya aku naik lif nak ke bilik. padahal duk tingkat 2 tak perlu pun naik lif. malu gila… tu detik pertama kat USM la…
now, dah habis perlahan- lahan teringat semua tu balik. teringat jugak betapa aku tak nak masuk USM mula2 even dapat course yang diminta, alasannya hanya sebab dari Form 4 sampai Matriks study kat Penang. Alasan yang sungguh tak munasabah dan tak matang kan? sekarang dah habis, rasa tak menyesal langsung dapat USM and pilih untuk pergi. 4 tahun kat sini memang banyak gila benda berlaku, lebih manis dengan kehadiran kawan2 terutama my coursemate, Future Food Technologist!!!
terima kasih banyak2 pada semua kawan2 dan lecturers untuk 4 tahun yang penuh masam manis kat USM ni. banyak sangat kenangan, memori kat USM… sensitif sangat bila teringat, mulalah air mata keluar… paling sebak bila tengok satu2 kawan2 balik… waktu diri sendiri balik pun hujan lepastu. macam tau2 je perasaan dalam hati ni. kat mana lagi nak dapat kawan2 macam korang yang best gila, kita rapat 1 batch even dari negara lain & dari pelbagai kaum (melayu & cina). awesome sangat!!! terima kasih lecturers yang mengajar kami terutama sv fyp, Dr Nurul yang selalu bagi nasihat dan motivasi pada saya :)
Hope korang semua dapat kerja yang baik, kalau kawin sila jemput, and jangan lost contact ok! thanks again for the memories. I love u all so muchhh… <3
yes, goodbye is the hardest word. *tak pandai nak tulis dah macam mana nak gambarkan rasa berterima kasih and bersyukur dapat kenal korang