HOME RESEPI CONTACT

Thursday, December 29, 2011

my twenty :)

assalamualaikum :)
well, today is my birthday. DUA PULUH dah. no more belas2, dah start with puluh2 uhuuu dah tua ahaha takdelah tua pun kan yang penting awet muda. betul ke? betullah! jalan mana2 orang mesti ingat aku nih budak sekolah lagi. mesti tanya tingkatan berapa lah apa. budak sekolah menengah pun panggil saya adik. tak cukup awet muda lagi ke tu? :P
ok habis sesi memuji diri sendiri. next is sesi penghargaan…
firstly, mestilah nak berterima kasih dengan mama and abah. tanpa diorang, takdelah syamimi fatin ini. thanks to both of you, mesti susah nak jaga seorang anak perempuan tunggal yang manja lagi mengada- ngada ini kan? im sorry menyusahkan. thanks untuk segala- galanya tak tersebut sebab banyak sangat. I love both of u…<3

thanks yang wish kat fb, lin, ina, dj, husna, fiqa, kak mada, aina (xtau ni siapa but thanks dear) yang wish kat fb ni sure ingat my birthday sebab tak publickan pun tarikh birthday kat situ. takpe, yang penting ikhlas, ingat tak ingat belakang cerita, then kat twitter, mok, mira, kak dot, sal, kak laila, bariqi, ezanidma, aisalinglung(sama birthday! happy birthday jugak!), nabilatanzara. then, yang face to face haaa ni ramai sangat thanks semua. yang wish kat tepi jalan pun ada haha. lawak. yang call, mesej, yang suruh call macam2 lah korang :P
then, thanks to my friendssss yang sajaaaa buat prank petang tadi. korang sangat nakal buli aku!! innocent sungguh aku nih tak terfikir pape pun wuwu… ingat kan aku terselamat dari sebarang prank sebab semua orang sibuk berstudy week… tapi ada jugak rupanya… takpelah kesian kat aku sebab tahun lepas korang prank tak jadi, tahun ni jadi pulak ye haha nasib takde tepung ke telur atau air… alhamdulillah :P
DSC04964
with the next birthday girl yang bajunya kuning tu, syida wong(nama glamor). birthday dia esok..
DSC04962
thanks korang! kek coklat pisang ni sedap sangat sampai habis menjilat jari nyumnyummm I love u all hihi
dan dengan ini saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan happy birthday to rasyidah 30th 12. ingatlah yang kita dah 20 bukan 19 lagi.. semoga kau tak selalu cubit atau pukul aku. sakit tau tak! :p good luck exam. sayang kau
wish untuk diri sendiri: happy birthday syamimi fatin. semoga diberkati, menjadi anak yang solehah, rajin2 study, good luck in your exam tak payah nak stres sangat cepuk kang! makan je tau… sila belajar kalau nak pointer bagusssssss. wake up, pemalas!
p/s: will update about the ‘prank la sangat tu kan’… if ada masa hihi

Wednesday, December 28, 2011

apa kaitan new zealand dan ombak rindu?

haa… apa kaitannya? sape nak tahu kena baca sampai habis :P (ceh, macam ada je yang hadap sangat nak baca kan?)
minggu lepas dan minggu lepasnya lagi me and my coursemates pergi Chuping, Perlis and Cameron Highland. so, nampak tak lagi kaitannya? kalau tak nampak, maknanya dia tak pernah pergi Chuping and tak tengok cerita ombak rindu.. hehe… chuping sangat cantik, tenang, even panas tapi bila angin datang rasa macam taknak balik. rasa macam angin tu cakap jangan balik jangan balik…haaaa sudah! sejak bila angin boleh cakap entah… hiperbola gila! cakap pun tak guna kalau tak tengok gambar Chuping yang cantik :)
perlis 001
luasssssssssss boleh main golek2 bila penat pun tak habis lagi tempat ni untuk digolek2 (?)
perlis 004
nah ambik lembu yang banyak… excited semua hari tu haha
perlis 009
nah ambik rumah lembu kambing pulak
perlis 013
tengoklah kawan2 saya yang comel ni, seronok angin kuat sangat :D
perlis 047
penghuni2 kandang D haha :P
388499_292661490777682_100001015016984_860451_560883746_n
nah kambing seekor… pergi ni kena buat report pasal lembu kambing semua tapi gambar banyak gambar kami2 je T__T
379438_292668817443616_100001015016984_860524_1068991650_n
ni tempat kegemaran. takpaham kenapa semua orang nak angkat tangan. aku pun sama. oh, nak rasa angin kuat lah!
384894_292672304109934_100001015016984_860567_2074667849_n
Future Food Technologist :) bangga aku dapat duk atas pagar
next is field trip to tempat ombak rindu… iaitu cameron highland… kat sini gambar tak banyak sangat sebab rushing sikit.
cameron highland 007
saya sukaaaaaaaaaa tempat ni :D 
cameron highland 018
saya sukaaaaaaaaaaa bau tea rasa macam nak letak bau tea dengan daun dia dalam report
384619_296490750394756_100001015016984_870358_796897036_n
382668_296487827061715_100001015016984_870320_1006372309_n
kawan2 snap pic kat tempat lisa surihani cakap kat aaron aziz “u know why? bcoz I love u!” :D
cameron highland 011
gedik je kan cakap tempat ombak rindu padahal sebelum tu macam tak pernah datang sini, bila ombak rindu keluar je teurs cakap ini tempat ombak rindu. kemain.. pastu kawan2 suka teka mana tempat hariz accident.. macam2 T__T nak je letak gambar dalam bus kat sini tapi taboleh sebab kami terlalu gila dalam tu hihi
so, dah habis entri ni, tahu tak apa kaitan new zealand dengan ombak rindu? kalau tak paham2 lagi sukati lah. nak pi study kbye

Wednesday, October 19, 2011

perjalanan





jauh lagi perjalanan...
banyak lagi duri perlu dilalui
jadi harus pakaikan kaki dengan kasut yang baik
harus sematkan kata2 semangat pada diri

agar dapat menghayunkan langkah dengan gagah
tak kisah mahu berjalan, berlari
atau merangkak sekalipun
itu bukan masalahnya
yang penting
azam dan cita tersemat dalam diri
untuk sampai ke destinasi impian :)


_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://e.exps.me

Saturday, October 15, 2011

sabar itu indah


bersabar tu banyak indahnya. banyak hikmahnya... just jangan cepat melatah bila ujian datang... bersabar, berusaha untuk keluar dari ujian tu, and yang paling penting sekali ialah berdoa berdoa dan berdoa. jangan cepat putus asa. pasti ada jalan keluarnya...

believe me, lepas bersabar, pasti ada kemanisan yang akan dikecapi. i've gone through this. many times.

thanks to my family, him, and friends for giving me strength to walk out of this difficult road. Alhamdulillah, thank u Allah for giving me these wonderful people. i'm happy with them around
me :)

picture: credit to alwani and kak tiqa

i love this picture




Saturday, September 17, 2011

semalam di DTSP USM

semalam ingat nak keluar dengan kak tiqah pergi QB tengok movie tapi bangun pun lambat dengan kepala berat n batuk yang tak hilang2 nya… so, malas nak pergi baik duduk bilik je lagipun semalam area Penang nih sure ramai students usm yang berlegar- legar sebab cuti kan… malas nak pening kepala, duduk ke bilik sorang2, jiran sebelah pun tak pergi mana2. so, takdelah sunyi mana

tapi bila malam dia ajak pergi DTSP(dewan Tunku Syed Putra) pergi tengok Malam Apresiasi Siswa 1 Merdeka… persembahan budak2 first year sempena merdeka nih… best jugaklah persembahan diorang bertambah best lagi pengacara dia, Azhar n Mursyid! memang funny n sempoi je! diorang ni pelakon teater, tahun lepas selalu pergi tengok… aku memang suka benda2 seni nih! hehe… so, takkan lepaskan peluang!

students from usm nibong tebal n kelantan pun datang bertanding sama. actually, nak datang dtsp sebab nak tengok perubahan dtsp yang dah diubah suai nih, serius cantik! pentas dia pink purple my fav! seat pun makin best… bila nyanyi lagu usm sama2 ramai2 rasa macam tengah orientasi pun ada padahal dah second year…

then semalam terlupa nak bawak camera memang pandai sangat! geram gila… so, malas nak snap pic persembahan sangat, snap pic sendiri je haha… biasalah camera phone je kan… kalau beli DSLR mesti rajin bawak.. hehe tapi malaslah berat kot!

cats

in pink, husna the next door girl

 

so, overall well done to all desasiswa n tahniah fajar harapan(hantu) yang menang… serius best! well done jugak untuk semua yang terlibat… memang penat gelak tengok persembahan diorang nih… :D

I had a nice day yesterday…

Friday, August 5, 2011

memori ramadhan, edisi rindu- rinduan

hari ni dah hari ke 5 kita puasa kan? gila cepat masa berlalu, nanti tengok2 dah 15 hari pastu dah habis, dah raya, dah raya, masuk sem balik. aduh duh tu yang malas tu hehe… puasa tahun ni memang sebulan duk kat rumah je, bukan macam tahun2 lepas, tak dapat nak puasa dengan family, asyik dengan kawan2 je…
last puasa dengan family pun waktu form 3… 5 tahun dah berlalu… kalau tak silap, waktu puasa masa tu, tengah pmr, kot? tak ingat sangat, tapi ingat pergi bazar ramadhan kat situ dengan kawan2 waktu petang. best je bila ingat balik, petang2 minta duit dengan abah nak pergi beli makanan padahal saja nak jalan dengan kawan2, bosan nak tunggu buka puasa kat rumah.
then bila dah form 4, form 5 kena puasa kat asrama. pukul 6 kena beratur dah nak ambik makanan. best je semua orang kena makan 1 meja 1 kelas… huhahuha jadinya, bila time terawih tak buat sampai habis, ngelat duk kat belakang haha… time prep pun rasa macam singkat padahal dah lambatkan time habis prep tu.
bila sahur, liat nak bangun pastu tunggu sape2 yang rajin pergi sahur, tanya hari ni sahur makan lauk apa, kalau lauk ayam, sah2 lepas tu ramai orang turun haha. lauk best baru nak. mengada!
bila dah masuk matriks, makanan nak berbuka tu kena pilih, beli sendiri. kalau kat asrama mana boleh, makan je apa menu hari tu. bila kena pilih, mulalah nak dilema bagai, nak pilih kafe mana pun taktau. haha tapi lepas balik kelas selalunya dah beli dah. aaaaaaa rindu nak makan dengan geng anak2 mok duduk ramai2 1 meja makan sama2 :) tapi selalu buka kat bilik dj kalau tak silap. yang jauh, tak dapat ler join. yang lawaknya, bila buka puasa kat bilik nana yang memang jauh dari orang lain tu, macam2 semua orang bawa. pinggan mangkuk, sabar jelah…pastu pergi terawih saeng.
DSC00615
oh, innocent nya muka semorang, rasa macam nak lempang muka sendiri
terawih kat matriks lagi best, sebab suara imam sedap (cheh!) pastu lagi ramai. rasa lain suasana tu. best je. terawih yang tak boleh lupa, waktu dekat dataran tak berbumbung pulak tu, tengah solat tiba2 hujan turun. gelabah tak tentu pasal… haha hujan rahmat tu…
DSC00845
ni waktu makan2 1 praktikum tapi gedik nak duk sama2 jugak, kita ni :P
DSC03110
rindu sangat dekat korang, tau tak?
25082009493
ni pulak waktu makan2 blok A, pasai pa aku macam cacat je tu? err…
Image0018 (1)
kesian roomate aku ni selalu buka puasa 2 orang je… tapi korang tetap the best roomates :) gila- gila
kalau dekat u, selalu buka puasa 3 orang je, dengan roomate dengan kawan yang selalu datang bilik. kat u ni, malas sangat nak pikir nak makan apa sebab penat pergi kelas woi, naik bas turun bas, nasiblah aku tak pernah ada kelas sampai pukul 7. yang paling penat sekali, hari yang ada kelas pukul 8 malam, bayangkanlah macam mana rushingnya kitorang. err, takdelah rushing mana pun kot. aku pergi kelas selalu lambat je hik3 :D
kalau terawih pun, pergi surau bawah bilik je. dekat sangat2 pastu semua perempuan pulak tu. nak pergi masjid jauh sangat. ni sekarang dah puasa kat rumah, rasa best sangat2. syukur sangat, nak demand makan apa pun boleh, nak makan free je tak payah bayar, pastu boleh pergi terawih dengan mama, sahur dapat makan nasi, selama ni tak sahur pun kat u. tu yang lembik semacam nak pergi kelas. yang penting sekali, tak payah nak pikir pasal study bulan puasa ni. sangat best, tahu!
ramadhan kat mana2 pun, bila2 waktu pun, semuanya sangat best bagi aku. kenangan yang indah… rindu gila kat lumut, kat budak h5p2, kat matrik, kat u rindu sikit je haha :D sape suruh u sangat tough? wuwu
ok tu je, nak pergi buka puasa kat rumah tok, pun best jugak! dah lamaaaaaaaa tak buka puasa situ. have a nice day, and selamat berbuka puasa! sabar tau…
p/s: glad that I have many good people around me. iloveu
 

ALL RIGHT RESERVED|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI